HaPPY 5th BirTHdAy KEEmi
Thursday, January 25, 2007
Hmmm .. Sibuknya rasa bila anak2 dah bersekolah.. macam tak dan je nak mem"blog". anyway, hari ni harijadi keemi yang ke-5 . Happy Birthday to You Keemi.. Besaq dah anak mummy sorang ni... dah 5 tahun dah.. semoga menjadi anak yang taat, baik budi pekerti dan soleh. mummy, daddy, abg Danial n Nayli love you so muchHHHHHHHH!!!! Muuuuahhhhhh!!!
0 Comments:
Post a Comment
Happy 57th BirthDaY, Bapak
Thursday, January 18, 2007
On 17th January 2007 was Bapak's 57th Birthday.. Happy Birthday to YOu BapaK. semoga panjang umur, murah rezeki , diberi kesihatan yang baik dan sihat walafiat.
0 Comments:
Post a Comment
Family Day @ Ilham Resort PD on 6/1/07
Monday, January 15, 2007
Seronoknya gi Family day kat PD hari tu. Nampak gayanya semua orang enjoy dan happy.. everything was smooth sailing. Tahniah untuk semua yang terlibat.. semua orang pun beri kerjasama yang baik. Syabas!! bebudak ni sampai2 je dah excited jumpa kengkawan, samala pun ngan mak2 budak. hehehe! sembang sakan. mula2 ada briefing oleh Pun bagi souvenirs to every family members. pas tu acara bebas.. apa lagi terjun swimming pool la.. seronoknya nengok gelagat masing2... semua nampaknya mesra.. pas tu acara sukaneka...macam2 acara. semua sporting aje..makan petang pula kami dijamu ngan kuih muih yang beraneka macam.. masa main volleyball tu aku 2 kali terlanggar paksu, mesti semangat membara nak bersukan hehehe!! Fun! fun! fun!
pas tu solat maghrib berjemaah ngan BBQ Time.. BBQ di bakar oleh Chef Azlan Ayub ngan rakan2 . sambil2 makan2 dan sembang2, kami disajikan ngan gambar2 lama2 masa kecik2 dulu.. lawak gak muka sorang2 masa kecik2 . hehehe! pas tu acara penerimaan hadiah untuk pemenang sukaneka. last sekali acara kemuncak "Teka Lagu" dimenangi oleh abg suhaimi.. wah terror betul.. asyik dia aje jawab, mesti mat jiwang ni... HHEEE!
Esoknya, hari dimulakan ngan kuliah subuh oleh paksu, banyak yang dapat dipelajari. terima kasih. pas tu breakfast nasi lemak dan kuih muih and swimming time... berendam lagi sebelum balik ke rumah masing2. cepatnya masa berlalu ...sampai rumah lepak betul..budak2 pun pengsan.. esoknya skolah...hmmm
Anyway, Congratulations to everybody and it was enjoyable and Fun!Fun!Fun! ..
0 Comments:
Post a Comment
Happy 33rd Anniversary to Mak n Bapak
31st December 2006 was the date we celebrated our folks 33rd anniversary... simple aje sempena menyambut hari raya AidilAdha... anyway semoga pasangan mak dan bapak dipanjangkan umur , jodoh, dimurahkan rezeki dan kebahagian berkekalan hendaknya. Ameen!!
0 Comments:
Post a Comment
Phew!! School WeeK
Phew!! lamanya dah menulis... busy sikit maklumlah bebudak baru sekolah... baru nak adjustkan diri ngan time table depa..pukul 7 pagi dah kuar rumah hantar danial gi skolah agama pas tu hantar keemi lak gi tadika. balik bagi mandi nayli, ampai baju etc. pukul 10:30 gi ambik abang pas tu tunggu keemi habis tadika pukul 11:30. balik bagi depa makan pas tu pukul 12:45 gi hantar danial kat sekolah kebangsaan. pas tu bagi bebudak dua orang lagi tu tido pukul 2..., hahaa barula ada masa nak tengok bawang merah bawang putih dan espejo sambil lipat baju. pukul 5:45 kuar rumah ambik danial.. baju sekolah + kasut danial hmmm macam apa ntah kotornya... malasnya nak menenyeh tapi terpaksala kan.. kalau tak cammana pulak... weekend hari tu kena jadi tukang jahit pulak.. kena jahit kaki suar baru fahmi ngan tukar kancing kat suar danial.. dia kata payah nak bukak kalau pakai butang so tukarla takut nanti terseksa lak dia nak terkenc... hehhe... macam2.
First Day skolah, Keemi tak nak pegi.. puasla cakap macam2.. kena janji macam2 nak bagi dia gi skolah.. tapi bila dah masuk kelas ok je pulak.. tapi pagi2 mesti tak nak gi skolah.. letih memujuk..
First day skolah Agama danial.. dia ok aje cepat aje dapat kawan dan sibuk bersembang dalam kelas, kacau sana sini... Hmmm.. ok aje la tapi masa rehat dia tak pandai beli makanan. bila bebudak besar kuar, dia tak dapat2 beli makanan. jawabnya pagi2 mummy hantar, terus belikan apa2 yg dia nak makan masa rehat kat kantin buh dalam tupperware.bukan apa makan dalam kertas tu takde boundaries.. kalau dia makan sampai terkeluar2 ..leceh betul. lagi senang mummy beli. tak yah dia nak beratur
Sekolah kebangsaan pun cam tu gak.. ok je except masa rehat (makan) so bawak bekal la apa2 yg patut. ala makan petang biskut ke roti pun dah ok. hari ke-2 skolah baju dia dah kena conteng ngan marker , nasib baik boleh keluar marker tu kalau x rugi je baju tu...minggu ni Danial kena tukar kelas ke 1 Tulip , tingkat 2 lecehla sikit tapi dia ok je boleh adapt ngan kengkawan baru.. hopefully semuanya ok untuk dia ngan keemi.
0 Comments:
Post a Comment