KeMbali kepada Pencipta
Sunday, November 12, 2006
Pagi Jumaat haritu tengah siap nak pi kerja, kami dikejutkan dgn satu call.."Dah dengarq ka berita?"mak call. "Tok Cu dah takdak"suara mak sedih. Innalillahi Wainnailaihi roji'un.
Danial kena sekolah pagi.. jamuan AidilFitri. So..Farmees pi tumpang kereta Atah n Jeff...Ati ikut sekali. Pukul 10 lebih kami sampai di Raub.
Kereta Pijah..ditumpang oleh Abg At,Mak Tam and Bal menyusul beberapa minit kemudian.
Suasana sedih menyelubungi rumah Kak Jah.. yg ada cuma jiran2 terdekat dan kawan2 tempat kerja Abg Awie. Famili yg lain sampai satu persatu hingga jam 1130. Na, Ilun, Rodhoh, Firdaus, Yon,Uncle Shah, Uncle Bakar...
Masa sampai tu jenazah TokCu baru nak dimandikan.. Ati ambikkan wudhuk utk TokCu. Tengok TokCu semua orang sedih. Adinda kepada arwah MakTok kita. Sesiapa yg dibesarkan di Seberang Perak tentu pernah mengaji dengan TokCu. Besar ilmu yg dia bagi kat kita. Duduk bersila kat depan TokCu dengan rotan kat tepi dia. InsyaAllah ilmu mengaji AlQuran yg diajarq kat kita tu kalau diamalkan.. akan sampai selalu kat TokCu.
Pukul 12 lebih tu.. jenazah dihantar ke Alor Setar dan selamat di semadikan disana.Semoga Allah SWT meluaskan kuburnya serta memudahkan keadaannya di alam barzakh.Semoga maghfirah, rahmah dan barakah Allah SWT sentiasa mencucurinya.
TokCu ........... akan sentiasa dalam ingatan.
0 Comments:
Post a Comment