Cerita FamilyDay
Friday, September 08, 2006
Ramai yg dah dengaq pasai FamilyDay yg kita nak buat...ada jugak yg tak tau lagi.Jadi sapa yg dah tau tu tolong lah heboh2kan. Kita bukan nak buat besar2an macam Jom Heboh! atau Kenduri Datuk K. Dapat 5 ke 6 family pun dah cukupla. Kalau dapat 15 family keatas lagi baguih.
Port Dickson satu tempat yg best.. sebab dia dekat..1.5 jam dari KL...tak la letih sangat. Kalau dari Ukraine lambat la sikit sebab nak kena kayuh basikal ke Pekan Kiev dulu. Itupun kalau takdak kambing melintas. Kalau nak buat FamilyDay kat tempat lain pun boleh.. tapi sesapa kena bagi cadangan lah.
Haritu Farmees n kekawan se opis ada buat Gathering kat PD. Nama tempat dia..Kayns Resort. Quite a nice place. Tempat ni tak Grand.. koboi sikit...tapi orait la. Swimming Pool besarq, ada slide, ada volleyball court, pdg boal n temapt BBQ. Kami buat utk 6 family saja. Bukak sliding door terus boley terjun dalam POOL. Pantai pun bersih.
Kami dok 6 bilik... satu bilik RM120.00 utk sefamily per night including Breakfast for 2. BBq kami buat sendiri. Farmees charge RM30.00 per family utk BBQ. Siap ada tempah Mee and Nasik Goreng kat kedai luarq... murah skit dari Hotel. Satu family total lebih kurang rm150.00 sahaja utk Gathering nih..
Kalau kita nak guna Hotel BBq set n table n chair dia charge rm5.00/table..
and rm1.00/chair. BBq tray +- rm100.00. Kalau kita bwk sendiri FREE la...depa pun tak kisah. Kalau nak convenience kita sewa tempat dia la.
Ini semua cerita haritu bulan 8.. kalau hampa ada tempat lagi best..idea lagi canggih. Kita bincangkan dalam masa terdekat, Boleh guna Yahoo Messenger! atau TAG kat blog MelloTTe ni! Masa Raya ni pun kita boleh discuss kat rumah Ati masa dia buat open house hari raya ke7 nanti. Tak pun kat rumah Pijah raya ke8.
Okay..cukupla setakat ni..jgn lupa simpan duit utk FamilyDay nanti dan sebarkan virus2 kepada sapa2 yg hampa jumpa. Bal akan tempah putu mayong n gulai kambing utk BBQ nanti. Kalu pi PD ikut Bukit Pelanduk jgn lupa tengok Babi Queue kat tepi jalan.
Wassalamualaikum
FarMees
1 Comments:
Post a Comment