Danial pun NaK LuKis Jugak
Thursday, September 28, 2006
Danial tgk je DiNA lukis, dia pun dengan semangat berkobar2 nak lukis mcm dina.. ntah apa2 .penyakit berjangkit kot.. He!! seronok gak.. drp buang masa tgk TV channel 75 tu.. sekurang2nya dia buat something untuk hari ni..
Anyway tomorrow, danial will be talking about "my favourite Fruit" as his first public speaking. 2 students are chosen as representatives from each class. kira gempakla.. he!! ala bebudak..
1 Comments:
Post a Comment
To mY LoveLy Wife On Her xx BirthDay
Wednesday, September 27, 2006
0 Comments:
Post a Comment
Ramadhan Kembali
Tuesday, September 26, 2006
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada Famili n Sahabat semua dari Kami SeFamili. Danial dah Posa 3 hari.. Keemi 0... Nayli 0.
0 Comments:
Post a Comment
ANNUAL CONCERT 10/9/06
Thursday, September 14, 2006
Lambatlak nak cerita pasal concert ni..anyway what a busy week... Last Sunday ( 1oth September 06) was a big day for my eldest son, Danial. The Annual Concert for his school which he participated in the "MAMBO ROCK" dance. We were having fun seeing youngsters performances. Very Funny and enjoyable...
The boys and a girl plus mummy and daddy were having fun. at Sekolah Sri KL ( wow canggihnya sekolah ni....)
0 Comments:
Post a Comment
musim DEMAM tiba lagi !!!
Friday, September 08, 2006
MUSIM DEMAM tiba lagi... dalam 3 minggu ni, dah 3rd round for nayli and 2nd for keemi. lepas sorang...sorang..letih jumpa doktor. tapi semalam, keemi demam gigil2. kesian dia... kena angin sejuk kat kedai mamak terus menggigil. balik terus bagi ubat punggung sbb high fever sampai 40 degree. takut !!
tadi keemi demam lagi, 2 kali bagi ubat punggung. muka layu je tapi bila bagi GAME.. boleh pulak main. suruh STOP x nak. Geram betul.. ish! ish!
0 Comments:
Post a Comment
Cerita FamilyDay
Ramai yg dah dengaq pasai FamilyDay yg kita nak buat...ada jugak yg tak tau lagi.Jadi sapa yg dah tau tu tolong lah heboh2kan. Kita bukan nak buat besar2an macam Jom Heboh! atau Kenduri Datuk K. Dapat 5 ke 6 family pun dah cukupla. Kalau dapat 15 family keatas lagi baguih.
Port Dickson satu tempat yg best.. sebab dia dekat..1.5 jam dari KL...tak la letih sangat. Kalau dari Ukraine lambat la sikit sebab nak kena kayuh basikal ke Pekan Kiev dulu. Itupun kalau takdak kambing melintas. Kalau nak buat FamilyDay kat tempat lain pun boleh.. tapi sesapa kena bagi cadangan lah.
Haritu Farmees n kekawan se opis ada buat Gathering kat PD. Nama tempat dia..Kayns Resort. Quite a nice place. Tempat ni tak Grand.. koboi sikit...tapi orait la. Swimming Pool besarq, ada slide, ada volleyball court, pdg boal n temapt BBQ. Kami buat utk 6 family saja. Bukak sliding door terus boley terjun dalam POOL. Pantai pun bersih.
Kami dok 6 bilik... satu bilik RM120.00 utk sefamily per night including Breakfast for 2. BBq kami buat sendiri. Farmees charge RM30.00 per family utk BBQ. Siap ada tempah Mee and Nasik Goreng kat kedai luarq... murah skit dari Hotel. Satu family total lebih kurang rm150.00 sahaja utk Gathering nih..
Kalau kita nak guna Hotel BBq set n table n chair dia charge rm5.00/table..
and rm1.00/chair. BBq tray +- rm100.00. Kalau kita bwk sendiri FREE la...depa pun tak kisah. Kalau nak convenience kita sewa tempat dia la.
Ini semua cerita haritu bulan 8.. kalau hampa ada tempat lagi best..idea lagi canggih. Kita bincangkan dalam masa terdekat, Boleh guna Yahoo Messenger! atau TAG kat blog MelloTTe ni! Masa Raya ni pun kita boleh discuss kat rumah Ati masa dia buat open house hari raya ke7 nanti. Tak pun kat rumah Pijah raya ke8.
Okay..cukupla setakat ni..jgn lupa simpan duit utk FamilyDay nanti dan sebarkan virus2 kepada sapa2 yg hampa jumpa. Bal akan tempah putu mayong n gulai kambing utk BBQ nanti. Kalu pi PD ikut Bukit Pelanduk jgn lupa tengok Babi Queue kat tepi jalan.
Wassalamualaikum
FarMees
1 Comments:
Post a Comment
HARI DIHARAMKAN PUASA
Tuesday, September 05, 2006
Sekadar utk peringatan kepada diri sendiri...
Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah
- Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :" Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."
- Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :" Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "
- Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "
- Hari Haid dan Nifas
- Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :" Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa " (Riwayat Ahmad)Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadith ini kerana ia da'if menurut pendapat Imam Ahmad.Sumber : Fiqh Islami wa Adilatuh - Dr. Wahbah Zuhaili
- Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut
1 Comments:
Post a Comment
SEKOLAH RENDAH ISLAM (SRI)
Monday, September 04, 2006
pikir punya pikir, masih x dpt jwpn nak hantar Danial gi skolah mana. Tapi searching area dah narrow down to sekolah rendah agama. Memandangkan kalau hantar sekolah biasa, subject agama x cukup, kena gak hantar sekolah agama belah ptg. Nie all in one. dari pkl 8 pg sampai 4 ptg. macam orag keja lak. tapi 1 sekolah je, x yah pening2.
the problem is , which SRI? Gotta go and survey first
0 Comments:
Post a Comment
MUMMY'S DAY OUT
Saturday, September 02, 2006
What a day! When mummy is working as a housewife almost 24-7, surely, badly need some time off.. Today is the day. What a relieve. After fetching Danial from Mozart's Class at 12 noon. Mummy is free for few hours. I went out and planning to shop for my clothes. But after searching for quite sometime, masih tak beli. Jam dah pukul 5. Kenapa?? Baju memang cantik2, geram betul tengok. Paling berkenan kat SPADE.. cantik betul .. tapi malangnya , I need to do some workout with my tummy so that the clothes that i desire can fit me nicely. maklumle harga dia mahal.
Jalan punya jalan kaki melecet, terpaksalah beli kasut kat ELLE. Sebelum tu masuk JUSCO beli barang sikit2. Pas tu dapat gi collect Cash Voucher kat money chamber. i pun masuklah money chamber yang kelilingnya cermin. Bila dia ON, angin tu terbangkan vouchers yang ada dalam tu. Kena ambiklah tapi xleh tunduk, takleh pegang cermin, kena berdiri kat tempat bulat je.. Lawaknya sampai 5 kali dia ON, vouchers terbang sikit je... Rupanya ada kotak halang angin tu. By the 6th time orang dah penuh keliling cermin tu, rasa macam dalam sarkas pulak. Dah la terbang2 vouchers tu campur nervous tengok orang ramai dapat la RM17. Okla .
Daddy actually bagi balik sampai 1 Utama tutup kira pukul 10 la.. tapi Pkl 7 dah boring sbb nak beli baju xdapat. Beli KFC, terus balik sampai 7:30pm. Back to square 1 as a housewife. Anyway, thanks to daddy for being so understanding sbb bagi i jalan sensorang while dia jaga bebudak 3 orang tu... PS: DADDY NEXT MONTH SEKALI LAGI BOLEH KE??
1 Comments:
Post a Comment
Kalut! Kalut!!
Friday, September 01, 2006
Kalut betul la hari ni... malam tadi Nayli x leh tidoq, demam. menangis sampai 3 pagi.. rupanya panas .. kan demam, xle bukak aircond... ish!ish!ish! kanak2 zaman skrg ni.. lahir2 dah air cond, panas sikit, x tahan..
Lepas hantar abg gi school, take a nap, ngantukla. sedar2 dah 2:20pm.. lintang pukang masak.. sebab danial dah pesan, dia nak makan nasi. Nasib baik daging dah marinate. terus masak nasi , daging masak kicap dan sayur bayam.. kalut ni.. takut lambat sampai sekolah, nanti kesian dia, tinggal sorang2. Nasib baik sempat.
Pukul 2:45 pegi sekolah. Danial dah kata lapar. Balik tgk kat rice cooker, nasi lagi 3 minit nak masak.. lega... by the time danial tukar baju, everything is ready.. nasib baik sempat, tapi kalut betul..Nasib baik ada rice cooker, kalau kena tanak nasik, macam mana nak gi sekolah, terbakar pulak rumah, kalau tinggalkan..He!
0 Comments:
Post a Comment